Tuesday, August 31, 2010

PENGENALAN

Dalam kehidupan seharian kita mungkin lupa untuk mengamalkan pengambilan diet seimbang.Diet seimbang bermaksud sajian makanan yang mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul.

Pemakanan yang seimbang amat penting demi memastikan kehidupan yang lebih sihat dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya.

Cara untuk memulakan diet seimbang adalah pengambilan makanan mengikut piramid makanan.Namun, diet seimbang yang diamalkan oleh setiap indivudu adalah berlainan.

APAKAH ITU KALORI?

Kalori merupakan satu unit tenaga dan boleh dikaitkan dengan makanan ataupun bahan lain yang mengandungi tenaga.
Ia merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah Celcius.1 kalori bersamaan dengan 4.184 joule ,satu unit tenaga yang digunakan dalam sains fizikal.

Kesan akibat pengambilan kalori yang tidak seimbang:

 (i). Berat badan akan berkurang jika pengambilan kalori tidak mencukupi dan jika kalori berlebihan berat    badan akan bertambah.
(ii). 3500 kalori berlebihan dalam badan membentuk 45 gram lemak.
(iii). Lemak yang berlebihan akan menyukarkan pengaliran saluran darah.
(iv). Penyakit sakit jantung , tekanan darah tinggi , strok merupakan kesan daripada pengambilan kalori yang tidak seimbang.


Disediakan oleh : Gan Wah Wei (206189)

KEKAL SIHAT DAN LANGSING

Petua yang harus diamalkan untuk menjamin tubuh kekal sihat dan langsing:

(i).  Makan dengan kerap tetapi dalam kadar sederhana.Ini dapat menjamin tubuh tidak kehabisan tenaga dan mengelakkan makan dengan lebih banyak ketika lapar.

(ii).Amalkan memakan makanan rendah lemak dan kalori.Mengutamakan kandungan protein dalam setiap menu makanan seperti tuna , ayam tanpa kulit, ikan dan kekacang.

(iii).Memilih waktu terbaik minum air  antaranya selepas bangun pagi , 30 minit sebelum makan dan sepanjang hari.Ini membantu membakar kalori berlebihan dalam badan dan meningkatkan kadar metabolisme.

(iv). Bersenam 3 kali dalam seminggu seperti berlari , berenang , dan berbasikal.

(v). Amalkan makanan yang mampu hindari masalah kolesterol seperti bubur gandum dan oat,walnut,badam,ikan,minyak zaitun dan sayur-sayuran.

Disediakan oleh : Nur Hidayu binti Johar (206529)


DIET UNTUK IBU MENGANDUNG

a) Semasa mengandung , kandungan kalori yang diperlukan adalah bertambah sebanyak 300 kalori berbanding dengan individu biasa kerana ia menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

b) Para ibu digalakkan untuk mengamalkan cara pemakanan mengikut piramid makanan kerana diet yang sihat merangkumi protein , karbohidrat , lemak, mineral dan air yang mencukupi.

c) Makanan-makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan , sayur-sayuran , roti , pasta , ubi kentang , bijirin , daging , ikan , susu , keju dan nasi diutamakan.Elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat.

Disediakan oleh : Siti Fairuz binti Mohamad Shariff ( 206357)






DIET UNTUK KANAK-KANAK

a) Berikan pelbagai jenis makanan berkhasiat setiap hari.
b) Berikan makanan yang sesuai mengikut usia perkembangan kanak-kanak.
c) Elakkan pengambilan makanan yang berlebihan.
d) Jangan menjadikan makanan sebagai sogokan dan ganjaran.
e) Menggalakkan kanak-kanak lebih aktif dan bergiat dalam aktiviti sukan.
f)  Kurangkan pengambilan daging beku dan diawet.
g) Selang-selikan makanan daging dengan produk kekacang agar   
mereka mendapat zat dan khasiat yang seimbang.
h) Mengamalkan pengambilan daging tanpa lemak , ayam tanpa kulit ,  
dan produk susu rendah lemak.

Disediakan oleh : Roslizawati binti Mohamed Ali (206406)

DIET UNTUK KURUS

Terdapat dua jenis diet yang membantu anda untuk turunkan berat badan iaitu :

a)         Diet rendah kalori:
  
i)  menghendaki anda makan secara teratur.
ii) makanan berasaskan karbohidrat seperti pasta tidak boleh diambil secara
berlebihan.
iii) makanan ringan , makanan bergoreng dan minuman beralkohol harus dihindari.
b)         Diet hay:
  
i) membahagikan makanan kepada beberapa kumpulan yang boleh diambil pada satu-satu masa.
ii) buah-buahan merupakan makanan terbaik untuk dijadikan sarapan pagi.
iii) makanan tinggi protein disarankan diambil ketika makan tengahari.
iv) makanan berkanji seperti nasi dan ubi kentang tidak boleh diambil bersama makanan protein.

Disediakan oleh : Syazana binti Khasami (206408)


DIET YANG DIAMALKAN OLEH NABI MUHAMMAD

Cara pemakanan yang diamalkan :
v  Jangan makan susu bersama daging.
v  Jangan makan daging bersama ikan.
v  Jangan makan ikan bersama susu.
v  Jangan makan ayam bersama susu.
v  Jangan makan ikan bersama telur.
v  Jangan makan ikan bersama daun salad.
v  Jangan makan susu bersama cuka.
v  Jangan makan buah-buahan selepas makan nasi.

Fakta yang mengukuhkan sihatnya diet diamalkan Rasullulah :

(i) Dalam kitab :
 Larangan untuk makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
 Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana di khuatiri akan
cepat mendapat penyakit.

(ii) Kajian saintis:
Dalam ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan pula mengandungi ion-,jika dalam suapan terdapat ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi tindak balas biokimia.Tindak balas yang terhasil boleh merosakkan usus kita.

Disediakan oleh : Nurul Nabilah Huda binti Zainudin (204427)

DIET UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI

Penyakit darah tinggi boleh dikawal melalui pengambilan makanan yang bersesuaian.
Cara penjagaan makanan:

a)         Kurangkan pengambilan garam.
   
i) makanan yang telah diproses , diawet , dan ditinkan harus dielakkan.
ii) makanan yang tinggi dengan kandungan sodium perlu dihadkan.

b)         Kurangkan makanan mengandungi lemak tepu dan kolestrol tinggi.
  
i) organ dalaman , kuning telur , dan telur ikan harus dielakkan.
ii) mengelakkan makanan laut.

c)         Tingkatkan pengambilan makanan serat tinggi.
  
i) makanan seperti roti berserat , oat ,dan kekacang digalakkan.
ii) makanan sumber magnesium diamalkan  kerana boleh mengawal tekanan darah.

Disediakan oleh : Noratifahidayu binti Jefri (206418)

DIET UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Pelan diet yang sesuai bagi pesakit buah pinggang:

a)         Protein
  
i)diperlukan untuk penyelenggaraan , tumbesaran , dan pembaikan tisu-tisu badan.
ii)didapati daripada ikan , telur , daging dan ayam.

b)         Natrium
  
i)membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah.
ii)boleh didapati daripada garam makan.

c)         Kalium
  
i)diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot supaya berfungsi dengan normal.
ii)didapati daripada kentang , sayur-sayuran hijau dan pisang.

d)         Kalsium dan Fosforus
  
i)diperlukan untuk pembentukan tisu tulang.
ii)boleh didapati daripada susu dan produk tenusu yang lain.

DISEDIKAN OLEH : CHONG WAN YAN (206504)

DIET UNTUK PESAKIT DIABETES

Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit diabetes:-

a)         Makanan yang perlu dielakkan.
  
i)makanan atau minuman yang mengandungi gula ringkas.
ii)gula ringkas meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.
iii)makanan seperti gula pasir , gula batu , sirap , jeruk , susu pekat manis dan durian harus dielakkan.

b)         Makanan yang perlu dihadkan.
  
i)makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks harus diambil dalam kuantiti yang sederhana.
ii)makanan ini harus dicerna dan diserap secara perlahan-lahan.
iii)contoh makanan ini adalah nasi , biskut , susu , pasta , semua jenis mee dan semua jenis tepung.

c)         Makanan yang bebas dimakan.
  
i)contoh makanan ini ialah air mineral , kopi dan teh , cuka , sup herba dan sayur-sayuran.

DISEDIAKAN OLEH : YAP BOON WEI (206170)

CONTOH MENU 7 HARI DIET SEIMBANG

 

PENUTUP

  Setiap individu perlu mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang mengikut keperluan masing-masing.Diet yang seimbang boleh menjamin kehidupan yang lebih sihat dan ceria.Piramid makanan merupakan panduan yang terbaik untuk memastikan amalan pemakanan yang seimbang